×
New!

Bayan Al Islam Encyclopedia Mobile Application

Get it now!

PENGENALAN RINGKAS TENTANG ISLAM (bahasa Melayu)

Preparation: Jabatan Kajian Ilmiah Universiti Islam Madinah

    تعريف موجز بالإسلام

    باللغة : الماليزية

    Introduction to Islam in Malaysian Language

    BAHASA MALAYSIA

    PENGENALAN RINGKAS TENTANG ISLAM

    Segala puji hanyalah bagi Allah Y tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad ﷺ‬ Imam para rasul, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian.

    Islam ialah penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Y dan Muhammad ﷺ‬ itu adalah pesuruhNya, penyaksian yang diakui dengan hati dan disebut dengan lidah serta dibuktikan oleh anggota badan. Agama ini mengandungi enam rukun Iman dan lima rukun Islam serta Ihsan dalam melaksanakan rukun-rukun tersebut. Ia diturunkan oleh Allah Y kepada rasulNya Muhammad bin Abdullah sebagai penutup bagi semua risalah ketuhanan. Ia adalah satu agama yang benar. Allah tidak menerima seseorang itu beragama melainkan Islam. Allah Y telah menjadikan Islam satu agama yang mudah, tidak susah dan tidak membebankan ke atas penganutnya dengan sesuatu yang di luar kemampuan dan keupayaan mereka. Ia satu agama yang berasaskan kepada tauhid, bersimbolkan kebenaran, berpaksikan keadilan dan berteraskan sifat rahmat ke atas sekalian alam. Ia adalah agama yang memberi petunjuk kepada sekalian hamba terhadap semua perkara yang bermanfaat kepada mereka di dalam urusan agama dan dunia, dan mengingatkan mereka daripada sesuatu yang memudharatkan dalam perkara agama dan kehidupan. Satu agama yang memperbetulkan akidah, akhlak dan kehidupan dunia dan akhirat. Agama yang menyatukan hati-hati yang berpecah-belah lalu membersihkannya daripada kebatilan, membawanya kepada kebenaran dan memberikannya petunjuk kepada jalan yang lurus.

    Islamlah agama yang sebenarnya, segala yang disampaikan adalah benar, tidak menghukum melainkan dengan kebaikan dan keadilan yang berprinsipkan kepercayaan yang sahih, amalan yang benar, akhlak yang mulia dan adab yang terpuji.

    Risalah Islam bertujuan untuk mencapai perkara-perkara berikut :

    1. Memberi pengenalan kepada manusia tentang tuhan dan pencipta mereka melalui nama-namaNya yang indah yang tiada bandingannya, sifat-sifatNya yang tertinggi yang tidak menyerupai sesuatu pun, perbuatanNya yang sempurna dan penuh hikmah yang tiada sekutu dengannya dan tentang hakNya yang tiada sekutu baginya.

    2. Mengajak manusia menyembah Allah Yang Maha Esa tanpa mempersekutukan- Nya dengan melaksanakan segala yang diperintah dan meninggalkan segala yang dilarang.

    3. Memberi peringatan tentang keadaan dan tempat kembali mereka selepas mati, apa yang akan mereka hadapi di alam kubur, tentang hari kebangkitan dan perkiraan amalan serta penentuan mereka sama ada ke syurga atau neraka.

    Secara ringkasnya, asas-asas penting Islam adalah seperti berikut :

    PERTAMA : RUKUN-RUKUN IMAN

    Rukun Pertama : Beriman Kepada Allah

    Ia mengandungi perkara-perkara berikut :

    1. Tauhid Rububiyyah :

    Iaitu beriman bahawa Allah Y adalah pencipta, pemilik alam semesta dan pentadbir serta pengurus segala urusan makhluk.

    2. Tauhid Uluhiyyah :

    Iaitu beriman bahawa Allah Y adalah tuhan yang sebenar dan sebarang penyembahan selain daripada Allah Y adalah batil.

    3. Tauhid Asma' dan Sifat :

    Iaitu beriman bahawa Allah Y mempunyai nama–nama yang indah dan sifat-sifat yang sempurna lagi tinggi sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

    Rukun Kedua: Beriman Kepada Para Malaikat

    Iaitu beriman bahawa malaikat itu adalah hamba ciptaan Allah Y yang mulia. Mereka sentiasa melakukan ibadat serta taat setia lagi patuh kepada segala perintah Allah Y. Mereka telah ditugaskan dengan berbagai-bagai tugas. Antaranya, Jibrail u, menjadi perantaraan untuk membawa wahyu daripada Allah Y kepada sesiapa yang dikehendaki daripada nabi dan rasul. Mikail u, wakil bagi menurunkan hujan dan tumbuh-tumbuhan. Israfil u, meniupkan sangkakala bagi mematikan dan membangkitkan semula makhluk. Malaikat Maut, mencabut roh ketika kedatangan ajal bagi kematian.

    Rukun Ketiga : Beriman kepada Kitab-kitab

    Iaitu beriman bahawa Allah Y telah menurunkan kepada para rasul akan kitab-kitab yang mengandungi petunjuk, kebaikan dan kemaslahatan kepada manusia. Antara kitab-kitab yang kita ketahui :

    1. Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa u yang merupakan kitab terbesar bagi Bani Israil.

    2 .Injil yang diturunkan kepada nabi Isa u .

    3. Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud u .

    4. Suhuf bagi nabi Ibrahim u.

    5. Al-Quran Al-Karim yang diturunkan kepada nabi Muhammad ﷺ‬ yang merupakan penutup para nabi. Dengan itu Allah Y telah memansuhkan dan membatalkan semua kitab yang terdahulu dan menjamin untuk menjaga serta memelihara Al-Quran yang akan kekal menjadi hujjah ke atas sekalian makhluk hingga hari qiamat.

    Rukun Keempat : Beriman Kepada Para Rasul

    Iaitu beriman bahawa Allah Y telah mengutuskan para rasul kepada sekalian hambaNya bermula daripada nabi Nuh u dan berakhir dengan nabi Nabi Muhammad ﷺ‬ . Kesemua para rasul ini –termasuk Isa bin Maryam dan Uzair u.- adalah manusia biasa yang tidak mempunyai ciri-ciri ketuhanan sedikitpun. Malah mereka merupakan hamba-hamba yang dimuliakan oleh Allah Y dengan membawa risalahNya. Risalah-risalah ini diakhiri dengan nabi Muhammad ﷺ‬ yang diutuskan kepada sekalian manusia dan tidak ada lagi nabi selepasnya.

    Rukun Kelima : Beriman Kepada Hari Akhirat

    Iaitu beriman bahawa hari akhirat ialah penyudah sekalian hari dan tiada hari lagi selepasnya. Ketika itu sekalian manusia akan dibangkitkan semula oleh Allah Y dari kubur-kubur mereka dan dihidupkan untuk hidup kekal sama ada di syurga atau neraka .

    Beriman kepada hari akhirat juga ialah beriman kepada segala yang akan berlaku sesudah mati seperti fitnah kubur, nikmat dan azabnya dan segala yang akan berlaku sesudah itu seperti kebangkitan, perhimpunan untuk perhitungan amalan dan penentuan sama ada ke syurga dan neraka.

    Rukun Keenam : Beriman Kepada Qadar

    Iaitu beriman bahawa Allah Y menentukan segala kejadian dan mewujudkan segala ciptaan berdasarkan pengetahuanNya yang terdahulu dan selari dengan hikmahNya. Semua kejadian tersebut di ketahui oleh Allah Ta'ala sejak azali dan tertulis di sisiNya di dalam Lauhul Mahfuz. Dialah Allah yang menghendaki sesuatu dan menciptakannya dan tiada satu kejadian yang berlaku melainkan dengan kehendakNya dan penciptaanNya.

    KEDUA : RUKUN-RUKUN ISLAM

    Agama Islam dibina di atas lima rukun dan seseorang itu tidak akan menjadi muslim yang sebenar sehinggalah dia beriman dan melaksanakan kesemua rukun ini.

    Rukun Pertama : Mengucap Dua Kalimah Syahadah (iaitu Penyaksian bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah Y dan Muhammad ﷺ‬ itu adalah pesuruhNya)

    Mengucap dua kalimah syahadah merupakan kunci dan asas kepada binaan Islam. Pengertian “La ilaha illallah" (tiada tuhan melainkan Allah) ialah : Tidak ada yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa. Dialah tuhan yang sebenarnya dan semua tuhan selain Allah adalah batil kerana makna tuhan dalam perkataan “Ilah" ialah yang disembah.

    Adapun pengertian “Anna Muhammadar Rasulullah"(bahawa Muhammad itu utusan Allah) ialah : Percaya dan membenarkan apa yang dibawa oleh baginda nabi Muhammad ﷺ‬ dengan mentaati suruhan dan perintah serta menjauhi larangan dan menyembah Allah Y dengan cara yang telah ditetapkan oleh baginda.

    Rukun Kedua : Sembahyang

    Maksudnya ialah sembahyang yang telah ditetapkan oleh Allah Y kepada hambaNya sebanyak lima kali pada setiap hari sebagai melaksanakan hak Nya ke atas hamba dan sebagai mensyukuri nikmatNya yang terlalu banyak. Sembahyang juga merupakan tali penghubung antara muslim dengan tuhan kerana ia boleh berdoa dan bermunajat secara langsung dengan Allah Y. Sebagaimana sembahyang adalah benteng bagi seorang muslim daripada terjerumus ke dalam lembah kemungkaran dan kejahatan.

    Dengan sembahyang seseorang hamba akan mendapat kebaikan agama dan kejernihan iman serta ganjaran daripada Allah Y sama ada cepat mahupun lambat. Dengan itu, tercapailah ketenangan rohani dan jasmani yang menjadikan hamba itu hidup bahagia di dunia dan di akhirat .

    Rukun Ketiga : Zakat

    Zakat merupakan pemberian yang dikeluarkan pada setiap tahun oleh seseorang yang diwajibkan ke atasnya dan disalurkan kepada orang yang berhak dari golongan fakir miskin. Zakat tidak diwajibkan ke atas seorang fakir yang tidak mempunyai kiraan zakat yang cukup tetapi ia diwajibkan ke atas orang-orang kaya kerana dangan pengeluaran zakat itu boleh menyempurnakan agama, mendidik budi pekerti, melindung diri dan harta mereka daripada kebinasaan, menyuci jiwa daripada kejahatan dan membantu serta menampung keperluan fakir miskin walaupun pemberian yang dikeluarkan itu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan pemberian dan rezeki Allah Y yang melimpah ruah.

    Rukun Keempat : Puasa

    Maksudnya ialah puasa pada bulan Ramadhan al-Mubarak iaitu bulan yang kesembilan dari bulan-bulan al-Qamariah. Pada siang hari di bulan ini, semua orang Islam bersatu meninggalkan tuntutan syahwat daripada makan, minum dan bernikah kahwin bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari.

    Sebagai balasan terhadap hambanya yang meninggalkan perkara di atas kerana berpuasa, dengan limpah kurnianya Allah menyempurnakan agama dan iman mereka, menghapuskan kesalahan, mengangkatkan darjat mereka dan lainnya yang telah ditentukankan puasa itu membawa kepada kebaikan dunia dan akhirat.

    Rukun Kelima : Haji

    Ia bermaksud pergi ke Baitilah al-Haram di Makkah al-Mukarramah untuk mengerjakan ibadah khusus kepada Allah pada masa yang tertentu sebagaimana yang diketahui di dalam syariat Islam. Sesungguhnya ibadat haji ini telah difardukan oleh Allah Y ke atas orang-orang yang berkemampuan mengerjakannya sekali sahaja seumur hidup. Dalam mengerjakan ibadat ini, umat Islam dari segenap tempat berhimpun di bumi barakah untuk menyembah tuhan yang satu dengan memakai pakaian yang sama. Tiada perbezaan di antara pemimpin dan rakyat, di antara kaya dan miskin, berkulit putih dan hitam. Lalu mereka menunaikan manasik haji yang ditentukan seperti Wuquf di Arafat dan tawaf di Kaabah yang merupakan kiblat bagi sekalian umat Islam serta sa'ie di antara bukit Safa dan Marwah. Maka pada ibadat haji ini terdapat banyak sekali manfaat yang tidak terhitung dan terkira sama ada daripada aspek dunia mahupun agama.

    KETIGA : IHSAN

    Ihsan bermaksud kamu beribadah kepada Allah dengan keimanan dan penyerahan diri seolah-olah kamu melihatNya dan jika kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Dia memerhatikan kamu (iaitulah kamu merasakan keadaan tersebut dan melakukannya berdasarkan Sunnah RasulNya Muhammad ﷺ‬, dan tidak sekali-kali menyalahinya).

    Agama Islam merangkumi semua yang tersebut di atas. Sebagaimana yang telah diketahui, Islam telah menyusun kehidupan masyarakatnya, individu mahupun berkumpulan yang boleh menjamin kebahagian mereka dunia dan akhirat. Maka Islam membenar bahkan menggalakkan perkahwinan dan mengharamkan perbuatan zina, liwat dan semua perkara buruk dan mewajibkan hubungan silaturrahim, kasihan belas kepada fakir miskin dan menjaga mereka sebagaimana Islam mewajib serta mendorong penganutnya kepada semua akhlak yang baik dan mengharam serta mengingatkan daripada setiap akhlak yang buruk. Islam membenarkan ahlinya mencari rezeki yang halal sama ada melalui perniagaan, penyewaan dan sebagainya. Sebaliknya Islam mengharamkan riba dan semua perniagaan yang diharamkan serta semua perkara yang mengandungi unsur-unsur penipuan dan penyelewengan. Islam juga mengambil kira perbezaan manusia pada iltizam mereka di dalam mengikuti prinsip yang betul dan tanggungjawab mereka pada hak-hak orang lain. Islam meletakkan hukuman-hukuman yang ketat bagi beberapa keterlaluan yang berkaitan dengan hak Allah Y seperti murtad, zina, minum arak dan seumpamanya sebagaimana Islam meletakkan hukuman-hukuman ketat bagi semua pencerobohan hak-hak manusia seperti pembunuhan, pencurian, pertuduhan, pergaduhan, merampas harta orang dan sebagainya. Hukuman-hukuman ini adalah setimpal dengan jenayah yang dilakukan tanpa kekurangan atau keterlaluan.

    Islam juga menyusun dan menghadkan hubungan di antara pemerintah dan rakyat, maka wajib ke atas rakyat mentaati pemerintah dalam perkara yang tidak maksiat dan haram ke atas mereka ingkar daripada mentaatinya kerana perkara itu membawa kepada kerosakan-kerosakan khas dan umum.

    Di sini, bolehlah dirumuskan bahawa Islam telah menjamin suatu pembinaan dan kewujudan hubungan yang baik dan amalan yang betul di antara hamba dan tuhannya, manusia dan masyarakat persekitarannya dalam segenap aspek. Tiada sesuatu pun daripada kebaikan sama ada berbentuk akhlak atau pergaulan melainkan Islam telah memberi tunjuk ajar serta dorongan kepada umatnya. Dan tiada sesuatu pun keburukan samada dalam bentuk akhlak atau pergaulan melainkan Islam telah memberikan peringatan serta larangan kepada umatnya terhadap perkara-perkara tersebut. Secara keseluruhannya, Islam telah menunjukkan kesempurnaan dan keunikannya dalam segenap aspek.

    Dan segala puji itu bagi Allah tuhan semesta alam.

    Sekian.

    معلومات المادة باللغة العربية