×
جدبد!

تطبيق موسوعة بيان الإسلام

احصل عليه الآن!

دلائل النبوة (ملايو)

إعداد:

الوصف

خطبة جمعة بالمسجد النبوي، مترجمة إلى لغة الملايو، ألقاها فضيلة الدكتور عبد المحسن القاسم أثابه الله في يوم ٢١ ربيع الآخر ١٤٤٣هـ، يتحدث فيها الشيخ عن دلائل نبوة الرسول صلى الله عليه وسلم وأن اللَّهُ جمع لنبيِّنا محمَّدٍ ﷺ أكثرَ وأعظمَ ممَّا جاء به الأنبياء عليهم السَّلام من الآيات.

تنزيل الكتاب

Tanda-Tanda Bukti Kenabian

Segala puji bagi Allah, kami memujiNya, memohon pertolongan dan pengampunan dari-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri dan amalan-amalan buruk kami. Sesungguhnya barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka dia tidak akan sesat, dan barangsiapa yang Allah tidak memberi petunjuk kepadanya maka dia tidak akan dapat mencari jalan kebenaran. Dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya, selawat dan salam yang banyak keatas baginda, ahli keluarganya dan para sahabat baginda.

Amma ba'du:

Wahai hamba-hamba Allah, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan hendaklah kamu rasa diawasi oleh-Nya di waktu rahsia dan sembunyimu.

Wahai orang-orang muslim:

Allah telah mengutuskan para rasul untuk memberi petunjuk yang benar kepada makhlukNya, bagi menyempurnakan fitrah (perkara yang telah ditetapkan Allah bagi hamba-hambanya dalam hal pengenalan mereka tentangNya, mengtauhidkanNya, dan pengabdian mereka kepadaNya) mereka melalui sinaran wahyu yang dibawa. Selain itu, para rasul juga menyeru manusia untuk beribadah kepada Allah, beramal dengan amal kebaikan dan berakhlak dengan akhlak-akhlak yang mulia. Sesungguhnya keperluan manusia terhadap para rasul melebihi keperluan mereka terhadap makanan, minimum bahkan dirinya sendiri; demikian adalah kerana tiada jalan untuk menuju kebahagiaan, kejayaan dan keredhaan Allah subahanahu wa taala melainkan dengan bimbingan dari rasul-rasulNya.

Hanya Allah Yang Maha Esa memiliki kekayaan, kekuasaan yang sempurna, dan ilmu yang menyeluruh. Kesemua rasul-rasulNya tidak memiliki tiga sifat-sifat tersebut melainkan apa yang telah Allah datangkan kepada mereka. Allah subhanahu wa taala berfirman kepada nabi-Nya Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam: ﴾Katakanlah wahai Muhammad, "Aku tidak mengatakan kepadamu bahawa perbendaharaan Allah ada padaku, dan aku tidak pula mengetahui yang ghaib dan aku tidak pula mengatakan kepadamu bahawa aku seorang malaikat" ﴿. Allah subhanahu wa taala telah mengkhususkan mereka dengan kekuatanNya, pengetahuanNya dan kekuasaanNya dengan tanda-tanda kenabian yang menakjubkan; bagi membuktikan kepada hamba-hambanya akan kebenaran para rasul Allah sepertimana yang telah diberitahu kepada mereka terdahulu. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: «Tidak ada seorang nabi pun kecuali dikurniakan kepadanya beberapa keistimewaan yang khusus yang tidak boleh diserupai oleh apa-apa pun sehingga manusia beriman dengannya".( Muttafaqun alaih).

Maka telah didatangkan seekor unta betina yang keluar dari sebuah batu buat kaum Nabi Soleh Alaihi Assalam.

Manakala Nabi Ibrahim Alaihi Assalam telah dicampak kedalam api yang marak, tetapi api tersebut tidak dapat menyakitinya.

Dan didatangkan pula kepada Nabi Musa Alaihi Assalam sembilan mukjizat yang jelas, terbelahnya lautan kepada dua bahagian apabila dipukul oleh tongkatnya; sehingga menjadi seperti dua buah gunung yang besar dan tongkatnya juga mampu berubah menjadi ular yang besar.

Nabi Daud Alaihi Assalam pula telah dikurniakan dengan pengetahuan tentang bahasa burung-burung dan mampu berinteraksi dengannya.

Adapun Nabi Isa Alaihi Assalam pula mampu menyembuhkan orang yang buta dan berpenyakit kusta, menghidupkan yang mati dengan izin Allah, dan mampu berbicara ketika dia masih seorang bayi yang kecil bagi membebaskan ibunya dari fitnah dan bagi menunjukkan mereka tentang keEsaan Allah Subhanahu wa taala.

Dan diantara bukti-bukti kebenaran yang telah pun disaksikan oleh umat terdahulu, adalah: bahawasanya kisah sejarah para nabi terdahulu merupakan sejarah hidup yang baik-baik yakni tiada kejahatan yang mereka lakukan, kejujuran budi pekerti mereka, dan apa yang dilakukan oleh mereka hanyalah pertolongan dan balasan yang baik terhadap pengikut-pengikut mereka. Akan tetapi kaum mereka mendustakan dan menentang perjuangan dakwah yang dibawa.

Allah Subhanahu wa taala telah kurniakan keatas Nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mukjizat yang paling hebat dengan bilangannya yang banyak. Syeikhul Islam -semoga Allah merahmatinya berkata: «bilangan mukjizatnya (Muhammad) melebihi dari seribu bentuk mukjizat, dan tidak ada sesuatu dari ilmu; iaitu ilmu berkaitan agama, didunia ini melainkan diambil dari khabar mutawatir (iaitu khabar yang diriwayatkan oleh banyak perawi dan mustahil untuk mereka bersepakat untuk membuat kebohongan atas hadith tersebut). Syariat yang dibawa oleh baginda Sallallahu alaihi wassalam merupakan mukjizat yang paling nyata". Allah Subhanahu wa taala berfirman: ﴾Dialah yang telah mengutuskan RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, supaya Dia memenangkanya dan meninggikannya atas segala bawaan agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi saksi tentang kebenaran yang dibawa oleh RasulNya itu﴿.

Selain itu, diantara bukti-bukti kenabian Muhammad Sallallahu alahi wasallam: Khabar gembira yang telah diberitahu oleh para nabi terdahulu tentang kedatangan Muhammad Sallallahu alahi wasallam. Nabi Ibrahim telah memberitahu Nabi Ismail Alahima Assalam: ﴾Wahai tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka firmanmu dan mengajarkan mereka isi kandungan kitab AlQuran serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan hati dan jiwa mereka dari syirik dan maksiat. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana ﴿. Dan Isa Alaihi Assalam berkata: ﴾Dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudiannya selepasku – bernama Ahmad ﴿, telah diturunkan padanya seorang malaikat yang datang kepadanya ketika baginda Sallallahu alahi wasallam masih kecil, membelah dadanya dan mengeluarkan bahagian yang kotor dari hatinya.

Allah subhanahu wa taala telah memelihara Rasulullah Sallallahu alahi wasallam dari segala perbuatan jahiliyah sebelum perutusannya sebagai seorang nabi bahkan baginda membenci perbuatan tersebut, tidak pernah baginda Sallallahu alahi wasallam mempamerkan auratnya. Beliau juga tidak pernah menyentuh mana-mana berhala, tidak pernah minum arak, dan tidak pula melakukan jual beli dengan sesuatu yang diharamkan.

Selain itu, risalah baginda Sallallahu alahi wasallam dipelihara oleh pengawal langit iaitu bintang-bintang yang akan dilontarkan kepada syaitan yang mencuba untuk mencuri dengar akan percakapan di langit. Jin telah berkata: ﴾Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat hebat kawalannya dan dengan rejaman api yang menyala﴿.

Dan diantara mukjizat baginda Sallallahu alahi wasallam yang masih kekal hingga ke hari ini, adalah AlQuran Alazim, serta ilmu pengetahuan dan keimanan yang dibawa oleh para pengikutnya.

Demikian juga segala khabar dan perkara yang telah diceritakan secara terperinci kepada baginda Sallallahu alahi wasallam oleh Allah subhanahu wa taala tentang kejadian-kejadian ghaib yang terjadi pada masa lepas dan pada masa akan datang, kesemua perkara tersebut tidak akan dapat diketahui kecuali diberitahu oleh Allah Azza wa Jalla. Firman Allah subhanahu wa taala: ﴾Itu merupakan dari perkara-perkara yang ghaib yang kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad Sallallahu alahi wasallam, yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini﴿.

Telah diceritakan kepada kita tentang perihal yang telah berlaku iaitu: kisah Adam Alaihi Assalam dan sujud para malaikat kepadanya manakala iblis angkuh dan enggan untuk sujud kepadanya, serta kisah-kisah yang terperinci tentang nabi-nabi terdahulu, kisah umat-umat terdahulu yang datang sebelum kita, kisah mengenai ashabul kahf serta kisah tentera bergajah.

Allah Subhanahu wa taala telah mencabar makhlukNya untuk mendatangi hanya satu surah semisal AlQuran; tempoh cabaran ini telah diberikan olehNya sehingga tibanya hari kiamat kelak, tetapi tiada seorang pun yang mampu melakukannya.

Allah Subhanahu wa taala berfirman tentang orang-orang kafir- iaitu penduduk-penduduk kota Mekah yang mempunyai kuasa ketika itu -: ﴾Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari﴿. Ini telah pun dibuktikan selepas bertahun-tahun berlalu. Maka aku melihat bagaimana orang-orang muslim menentang pembesar-pembesar quraish sebelum tibanya hari Badr, lalu baginda Sallallahu alaihi wasallam bersabda: «Di situlah tempat terbunuhnya si fulan-sambil menunjukkan ke tanah- disini, dan disini. Anas berkata: "Dan tidak satupun tempat-tempat yang ditunjukkan oleh baginda itu berjauhan dengan tempat tewasnya orang-orang yang ditunjukkan dengan tangan Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam" (H.R Muslim), dan baginda Sallallahu alahi wasallam telah pergi ke Khaibar dan bertakbir disana. Dan baginda Sallahu alaihi wasallam bersabda: «Khaibar telah binasa"; maka Allah telah membuka kota Khaibar untuk baginda Sallallahu alaihi wasallam.

Seterusnya Rasulullah Sallallahu alahi wasallam telah mengutuskan para sahabatnya ke Mu'tah untuk memerangi empayar Rom, dan baginda Sallallahu alaihi wassalam meratapi para syuhada' mereka sebelum datangnya khabar tentang mereka. Yakni kesyahidan para sahabatnya telah diberitahu oleh Allah Subhanahu wa taala.

Dan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam memberitahu bahawasanya kerajaan Parsi akan menewaskan kerajaan Rom semasa hidup baginda. Dan ketika datangnya orang utusan Kisra dengan sepucuk surat baginda Sallallahu alaihi wasallam mengatakan kepadanya: «Sesungguhnya tuhan kami telah membunuh tuanmu; iaitu raja kamu pada malam ini" (H.R Ahmad).

Dan ketika baginda Sallallahu alahi wasallam didalam perjalanan menuju ke Tabuk, baginda bersabda: «angin akan bertiup kencang keatas kalian, maka jangan seorang pun diantara kamu tetap disana" (Muttafaqun alaih).

Baginda Sallallahu alahi wasallam ketika menyatakan isyarat dekatnya ajal baginda, dan beliau akan berpindah berkumpul bersama Ar-Rafiq Al-A'la, baginda pun duduk diatas mimbar dan bersabda: «seorang hamba yang diminta untuk memilih diantara untuk diberikan kepadanya kehidupan didunia dan apa yang ada disisi Allah, maka pilihlah apa yang ada disisi Allah! Maka Abu Bakr Radiyallahu anhu pun menangis dan baginda Sallallahu alahi wasallam pun turut menangis. Maka beliau Radiyallahu anhu berkata: Ayah dan ibu kami menjadi tebusan bagimu!" (Muttafaqun alaih).

Tatkala ajal baginda Sallallahu alahi wasallam tersisa baki sedikit sahaja, baginda duduk diatas mimbar seraya bersabda bahawa seratus tahun selepas kewafatan baginda Sallallahu alaihi wassalam, tidak ada seorang pun daripada sahabatnya akan kekal diatas muka bumi ini. (Muttafaqun alaih), dan itu semua berlaku sepertimana yang baginda Sallallahu alaihi wassalam sabdakan.

Apabila baginda Sallallahu alahi wasallam memberitahu tentang pembukaan Baitul Maqdis, kemudian datangnya penyakit ta'un yang telah menyebabkan kematian sejumlah besar orang-orang muslim, dan akan terjadinya pada suatu ketika kejadian harta yang melimpah ruah tetapi tidak seorang pun menerimanya. Sesungguhnya apa yang telah diberitahu oleh baginda Sallallahu alahi wasallam; iaitu tentang pembukaaan Baitul Maqdis, dan jangkitan penyakit ta'un yang menimpa kota Syam, kedua-dua kejadian ini berlaku ketika zaman khilafah Umar Radiyallahu anhu. Setelah itu, kejadian melimpahnya harta terjadi pada zaman khilafah Uthman bin Affan Radiyallahu anhu yang mana pada ketika itu, jika seseorang diberikan kepada seseorang seratus dinar pasti dia akan menolaknya.

Baginda Sallallahu alaihi wasallam juga telah memberitahu tentang pembukaan kota-kota yang mana para penduduk kota tersebut akan keluar bagi mencari kesenangan dan kemakmuran, sabda baginda Sallahu alaihi wasallam: « dan Madinah adalah sebaik-baik tempat, kalau lah mereka tahu" (Muttafaqun alaih). Dan sesungguhnya Kisra dan Qaisar akan binasa dan diinfaqkan harta-harta nya ke jalan Allah. Dunia ini akan dibuka untuk umatnya, maka mereka pun berlumba-lumba untuk memperolehi dunia sepertimana yang dilakukan oleh umat sebelumnya. Dan juga baginda mengkhabarkan bahawa umat baginda benar-benar akan mengikuti kebiasaan dan jejak orang-orang sebelumnya, hingga sekiranya mereka masuk kedalam lubang biawak sekalipun mereka pasti akan mengikutinya. (Muttafaqun alaih).

Demikian juga tentang pengkhabaran Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam mengenai tanda-tanda kedatangan hari kiamat yang telah pun berlaku: hilangnya ilmu dan tersebarnya kebodohan, tersebarnya fitnah, banyaknya berlaku pembunuhan, dan manusia berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit; yang mana Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam telah khabarkan kepada para sahabatnya tentang apa yang akan berlaku sehingga terjadinya hari kiamat, Hudzaifah Radiyallahu anhu berkata: "Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam pernah berdiri ditengah-tengah kami, beliau tidak meninggalkan satu pembahasan pun tentang apa yang akan terjadi sehingga terjadinya hari kiamat nanti, melainkan beliau telah menjelaskannya. Semua itu akan terus diingati oleh orang-orang yang akan memperingatinya dan dilupakan oleh orang-orang yang melupakannya; yakni tentang hal-hal yang akan terjadi sehingga tibanya hari kiamat" (Muttafaqun alaih).

Begitu juga dengan pengkhabaran Rasul Sallallahu alaihim wasallam tentang apa yang baginda lihat di langit, Allah telah memperjalankan Muhammad Sallallahu alaihi wasallam pada malam hari dari Mekah ke Masjid AlAqsa, dan diangkat ke langit ke Sidratul Muntaha, kemudian baginda Sallallahu alaihi wasallam pulang ke Mekah pada malam tersebut. Dan baginda telah memberitahu para sahabatnya tentang apa yang baginda lihat di syurga dan neraka serta ahlinya, tentang Sidratul Muntaha dan juga apa yang baginda dengar dari decitan pena pengurusan alam semesta.

Allah subhanahu wa taala telah mengurniakan baginda Sallallahu alaihi wasallam mukjizat yang berkaitan dengan fenomena alam: terbelahnya bulan kepada dua bahagian, ianya telah disaksikan oleh orang-orang di Mekah dan selain mereka.

Dan diantara bukti kenabian baginda Sallallahu alahi wasallam yang terjadi pada manusia: bilangan manusia yang sangat ramai sehingga melebihi dari seratus ribu orang mampu memdengarkan khutbah terakhir baginda di Haj Wada. (H.R Abu Daud).

Baginda Sallallahu alaihi wasallam juga telah mendoakan Anas Radiyallahu anhu untuk memiliki harta yang banyak dan anak yang ramai; sehinggakan anaknya melebihi dari seratus dua puluh orang anak. ( Muttafaqun alaih).

Selain itu baginda Sallallahu alaihi wassalam telah berdoa supaya Allah memberikan rasa kasih dan sayang dari orang-orang muslim terhadap Abu Hurairah Raduyallahu anhu dan ibunya. Beliau berkata: "tidak lah diciptakan seorang mukmin melainkan mereka mendengarkan tentangku dan tidak pula melihatku tetapi dia akan menyayangiku" (H.R Muslim).

Urwah AlBariqi Radiyallahu anhu telah didoakan oleh Rasul Sallallahu alaihi wasallam dengan keberkatan pada dagangannya; maka beliau pasti akan memperolehi keuntungan walaupun dengan hanya menjual pasir. (H.R Bukhari).

Sembuhnya kaki Abdullah bin Atik Radiyallahu anhu yang patah selepas rasulullah Sallahu alaihi wasallam menyapunya. (H.R Bukhari).

Rasulullah Sallallahu alahi wasallam telah meludah kedua mata Ali Radiyallahu anhu dengan dengan abu, maka ianya pun sembuh seperti tidak ada kesakitan yang dirasai sebelumnya. (Muttafaqun alaih).

Selain itu, bukti-bukti kenabian baginda juga terjadi keatas binatang-binatang: pada suatu hari Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam telah memasuki tembok milik sebahagian orang Ansar, yang mana didalamnya terdapat unta, dan apabila unta tersebut melihata baginda, ia pun menangis. Lalu Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam menyapu atasnya dan ia pun berhenti menangis. Maka Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam pun berkata kepada pemilik unta tersebut: "Tidakkah kamu takut akan Allah diatas haiwan ini yang mana Allah telah memberikannya kepadamu?! Ia mengadu kepadaku bahawa engkau menyakitinya dan melelahkannya" (H.R Abu Daud).

Demikian juga kita dapat lihat mukjizat baginda Sallallhu alaihi wassalam yang berlaku di Hudaibiyah, dimana pada waktu itu para sahabat yang bersama Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam adalah seramai seribu lima ratus orang. Allah telah datangkan kepada baginda Sallallahu alaihi wasallam makanan dan minuman yang banyak mencukupi jumlah besar bilangan mereka. Jabir Radiyallahu anhu berkata: "Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam meletakkan tangannya didalam sebuah cerek iaitu bekas yang kecil; maka keluarlah daripadanya air yang melimpah ruah diantara jari-jari baginda Sallallahu alaihi wasallam seperti mata air. Dari air tersebut mereka semua minum dan berwudhuk, ditanyakan kepada baginda Sallallahu alaihi wasallam: berapakah jumlah kamu semua? Rasulullah Sallalahu alaihi wasallam berkata: walaupun kami berjumlah seratus ribu, ianya pasti akan mencukupi jumlah tersebut,-jumlah kami seramai seribu lima ratus orang». (H.R Bukhari).

Di peperangan Zat AlRiqa', Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam mengumpulkan sejumlah air yang mencukupi untuk para askar beliau didalam sebuah bekas makanan.

Begitu juga yang berlaku di Khaibar ketika mana makanan mereka hanya tinggal sedikit sahaja; maka Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam menyuruh para sahabatnya menghimpunkan segala makanan milik mereka dan baginda pun berdoa untuk keberkatan dari Allah keatas makanan tersebut, dan kesemua mereka pun makan sehingga kenyang, jumlah mereka pada waktu itu adalah seramai seribu lima ratus orang.

Ketika di Tabuk, seramai tiga puluh ribu orang meminta air dari baginda Sallallahu alaihi wasallam, maka mereka pun berwudhuk dengannya, maka terpancarlah air yang mencurah-curah sehingga mencukupi kesemua jumlah mereka. (H.R Muslim)

Samurah bin Jundub Radiyallahu anhu berkata: "Pada suatu ketika kami makan bersama Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam disebuah mangkuk yang bulat sehingga datangnya waktu malam, telah bangun sepuluh orang iaitu meninggalkan makanan tersebut, dan setelah itu duduk pula sepuluh orang selepasnya, kami berkata: Apakah yang telah kamu sajikan? Baginda Sallallahu alaihi wasallam menjawab: Apakah yang kamu hairankan? Tidaklah aku sajikan makanan untuk kalian melainkan apa yang ada didalam bekas ini, dan beliau Sallallahu alaihi wasallam menunjukkan dengan tangannya kepada bekas tersebut" (H.R Tirmizi)

Allah Azza wa Jalla telah menundukkan pohon-pohon dan batu kepada baginda Sallallahu alaihi wasalam bagi membuktikan kenabiannya: Baginda Sallallahu alaihi wasallam telah turun kelembah bersama para sahabatnya, setelah itu telah bersatunya dua pohon yang berjauhan bagi melindungi Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam setelah diberikan arahan oleh baginda.

Telah berkumpulnya para jin dan memperdengarkan bacaaan AlQuran ketika baginda Sallallahu alaihi wasallam berada di Mekah; sebuah pohon yang berada berdekatan dengan Nabi Sallahu alaihi wasalam yang memberitahu akan hal tersebut. (Muttafaqun alaih).

Ketika baginda Sallallahu alaihi wasallam memberi khutbah diatas akar sebuah pokok kurma di masjidnya, dimana akar tersebut telah dijadikan sebagai mimbar baginda Sallallahu alaihi wasallam, akar tersebut merengek menangis seperti tangisan kanak-kanak kecil, sehingga rasul Sallalahu alaihi wasallam menyapunya dengan tangan baginda; maka ia pun berhenti menangis. ( H.R Bukhari).

Baginda Sallallahu alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya aku tidak tahu akan sebuah batu yang berada di Mekah, ianya telah memberi salam kepadaku sebelum aku diutuskan menjadi Rasul, akan tetapi aku telah pun mengenalinya sekarang". ( H.R Muslim).

Rasul Sallallahu alaihi wasallam telah naik ke bukit Uhud bersama sekumpulan sahabatnya, dan telah bergegarnya bukit tersebut, maka Rasulullah memukulnya dan berkata: "Tetaplah kamu wahai Uhud"; makan ia pun menjadi tetap. ( H.R Bukhari).

Dan Allah memberikan pertolongan kepada baginda Sallallahu alaihi wasallam melalui pertolongan dari para malaikat keatas baginda, yang tidak ada seorang pun sebelum baginda diberikan mujizat berbentuk pertolongan dari malaikat. Di kota Mekah, malaikat gunung telah meminta izin darinya Sallallahu alaihi wasallam untuk meletakkan dua bunuh gunung yang terdapat di Mekah keatas orang-orang kafir, maka baginda Sallallahu alaihi wasallam memintanya untuk dipertangguhkan hal tersebut.

Sewaktu hijrah, Allah telah berfirman: ﴾Sedang ia salah seorang dari dua sahabat semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan perasaan tenang dan tenteram kepada nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam dan menguatkannya dengan bantuan tentera malaikat yang kamu tidak dapat lihat﴿.

Dan di peperangan Badar, para malaikat turut serta memerangi musuh-musuh baginda Sallallahu alaihi wasallam. Manakala di peperangan Uhud Rasul Sallallahu alaihi wasallam menyaksikan sendiri malaikat Jibril dan Mikail berlawan menentang musuh baginda Sallallahu alaihi wasallam. ( Muttafaqun alaih). Selain itu juga, malaikat Jibril Alaihi Assalam bersama-sama baginda Sallallahu alaihi wasallam menuju dari AlKhandak ke Bani Quraizhah. (H.R Bukhari).

Dan diantara mukjizat baginda yang lain ialah: Allah memelihara baginda Sallallahu alaihi wasallam dari musuh-musuh baginda. Maka Allah telah berfirman: ﴾Sesungguhnya Allah akan memeliharamu dari kejahatan manusia﴿; maka mereka tidak mampu untuk melakukan sesuatu kejahatan terhadap baginda Sallallahu alaihi wasallam walaupun mereka mempunyai kekuatan dan bilangan yang ramai.

Baginda Sallallahu alaihi wasallam telah disihir oleh beberapa orang yahudi; Allah telah mengkhabarkan perihal tersbut kepada Rasul tentang sihir mereka keatas baginda, dan Allah telah membatalkan sihir tersebut. Allah Subhanahu wa taala juga telah memberitahu baginda tentang daging kambing biri-biri yang telah diletakkan racun padanya.

Akhlak dan peribadi baginda Sallallahu alaihi wasallam yang luhur, terpuji dan sempurna juga merupakan salah satu dari mukjizat baginda Sallallahu alaihi wasallam.

Setelah perutusan baginda Sallallahu alaihi wassalam sebagai rasul Allah, adalah mentaati baginda Sallallahu alaihi wasallam merupakan suatu kewajipan bagi orang muslim, dan hendaklah mendahului baginda Sallallahu alaihi wasallam sebelum diri sendiri dan juga harta. Sesungguhnya Rasul Sallallahu alaihi wasallam wafat tanpa meninggal satu dirham mahupun satu dinar, dan tidak juga meninggalkan seekor kambing biri-biri mahupun seekor unta, kecuali seekor baghal, beberapa senjata miliknya dan juga baju besi baginda Sallallahu alaihi wasallam. Kesemua peninggalan tersebut telah digadaikan kepada seorang yahudi berjumlah tiga puluh saa' barli yang dibeli untuk keluarga baginda Sallallahu alaihi wasallam.

Wa ba'du, wahai orang-orang muslim:

Sesiapa yang merenungi sejarah hidup Nabi Sallallahu alahi wasallam dari kelahirannya sehingga wafatnya Baginda Sallallahu alahi wasallam; dia akan mengetahui bahawa Baginda Sallallahu alahi wasallam merupakan utusan Allah yang benar, baginda datang membawa kalam yang tidak pernah didengari oleh orang-orang terdahulu dan juga orang-orang yang akan datang selepasnya, bahawasanya tiada sesiapa boleh menandingi baginda Sallallahu alahi wasallam. Baginda Sallallahu alahi wasallam sentiasa menyeru umatnya kepada mengtauhidkan Allah subhanahu wa taala, memberi petunjuk kepada segala kebaikan dan memberi larangan kepada segala kejahatan. Dan Allah telah mengurniakan keatas Bagindamukjizat-mukjizat yang hebat dan ajaib.

Baginda Sallallahu alahi wasallam telah datang membawa agama yang paling sempurna, dan dihimpunkan segala keindahan dan kelebihan keatas umatnya dibandingkan dengan umat-umat yang sebelumnya, maka umat Baginda Sallallahu alahi wasallam merupakan umat yang teristimewa dari segala aspek kehidupan. Segala kelebihan yang dikurniakan keatas umat ini tidak lain tidak bukan adalah disebabkan oleh Nabi kita Muhammad Sallallahu alahi wasallam. Daripada Baginda mereka yakni umatnya mempelajarinya, dan baginda lah yang memerintahkan mereka melakukan hal tersebut, maka mereka telah menjadi orang yang paling berilmu, paling beriman, adil dan merupakan sebaik-baik penduduk bumi.

Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.

﴾Katakanlah wahai Muhammad: "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhanmu hanyalah Tuhan Yang Satu; oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlan dia mempersekutukan Allah dalam beribadah kepadanya dengan sesiapa pun﴿.

Semoga Allah memberkatiku dan kamu semua dengan AlQuran AlKarim.


Khutbah yang kedua

Segala puji bagi Allah diatas ihsanNya, dan syukur keatas taufiq dan pemberianNya. Dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya, selawat dan salam yang banyak keatas baginda, ahli keluarganya dan para sahabat Baginda.

Wahai kaum muslimin:

Merenungkan kesemua mukjizat-mukjizat dan bukti-bukti akan kebenaran kenabian Nabi kita Muhammad Sallallahu alahi wasallam akan menguatkan imanan kita. Selain itu darjat seseorang juga akan ditingkatkan apabila dia merenung dan memikirkan segala kebaikan dan kelebihan yang dimiliki oleh Rasul Sallallahu alahi wasallam dan juga tentang syariat suci baginda. Sesungguhnya kita hanya akan dapat mengenali Allah Azza wa Jall melalui baginda Sallallahu alahi wasallam.

Dan bagi sesiapa yang ingin mengetahui tentang kebenaran risalah yang dibawa oleh Muhammad Sallallahu alahi wasallam juga bukti-buktinya yang nyata, maka hendaklah dia mempelajari AlQuran yang agung.

Maka disebabkan keperluan manusia kepada kebenaran Rasul Sallallahu alahi wasallam melebihi daripada segala jenis keperluan yang lain; Allah Subhanahu wa taala telah memudahkan untuk hamba-hambanya, iaitu dengan menunjukkan bukti-bukti yang banyak, jelas dan nyata yang akan membolehkan kita untuk mempercayai dan membenarkan kenabian para nabiNya. Bahawasanya seseorang yang tidak mempercayai dan ragu-ragu akan bukti-bukti dan tanda-tanda kenabian yang telah ditunjukkan oleh Allah adalah mereka yang degil dan sombong.

Dan kesemua kebaikan akan datang apabila kita teguh dan tetap beriman dengan kenabian dan taat kepada baginda Sallallahu alahi wasallam.

Ketahuilah bahawa Allah subhanahu wa taala telah menyuruh kita untuk berselawat dan salam keatas Nabinya Sallallahu alahi wasallam.

معلومات المادة باللغة الأصلية